Kenali Debit Anda
Dilindungi oleh PIN keselamatan dan dijamin oleh bank anda, kad debit ini menawarkan akses pantas dan mudah ke akaun semasa atau simpanan anda, menjadikannya pilihan terbaik untuk kaedah pembayaran tanpa sentuh yang selamat digunakan setiap hari.
Sama ada membeli gula-gula atau membeli belah, tiada pembayaran terlalu banyak atau sedikit untuk kad debit anda. Dengan sekali imbas (untuk transaksi bawah RM250), membeli barang menggunakan kad debit menjadi mudah dan ia juga berfungsi sebagai kad ATM anda untuk mengeluarkan wang di seluruh dunia.
Apakah Kelebihannya?
Bukan sekadar alat perdagangan mesra alam yang menjadikan bumi kita sentiasa hijau dan sihat, kad klasik ini mempunyai faedah besar sewaktu norma baharu pembayaran tanpa sentuh.
Akses Mudah
Jimat perjalanan anda ke mesin ATM dengan akses terus ke dana akaun bank anda.
Pembayaran Lebih Cepat
Pembayaran lebih cepat bermaksud masa menunggu yang lebih sedikit dan pengalaman pembelian yang lebih berkesan dan memberansangkan.
Pin Keselamatan
Keperluan PIN untuk transaksi melebihi RM250 dan pengeluaran tunai di ATM membantu mengurangkan kerugian anda sekiranya kad anda hilang atau dicuri
Kurang Risiko
Bebas tunai bermaksud bebas dari kebimbangan apabila kad debit anda juga berfungsi sebagai simpanan keselamatan bergaya dalam dompet anda.
Belanja Dengan Apa Yang Anda Ada
Pantau perbelanjaan anda dengan berkesan untuk memupuk disiplin kewangan dan ketenangan fikiran yang lebih kuat.
Kos Lebih Rendah
Bayaran lewat? Caj dan denda? Yang pasti, tiada dalam sejarah akaun anda!